


Apakah itu proses penyambungan melalui online?
Proses PENYAMBUNGAN bantuan bulanan bagi mereka yang telah berdaftar/mempunyai rekod bantuan aktif sehingga Disember 2024 dengan LZS.
Saya belum daftar EZO...
Mudah, anda hanya perlu berdaftar sebagai pengguna EZO. Sila ke pautan berikut:
Bagaimana saya ingin membuat pengesahan penyambungan bantuan bulanan 2025?
Pastikan tempoh kelulusan bantuan bulanan anda.
Sila sediakan dokumen lampiran baru untuk tujuan penyambungan (Bantuan sewa & Perubatan).
Sila baca panduan penyambungan bantuan bulanan tahun 2025
Hendak semak status penyambungan bantuan bulanan 2025?
Sila log in ke https://ezo.zakatselangor.com.my
Pilih submenu Permohonan Zakat Online di kiri paparan anda
Maklumat permohonan bantuan perubatan anda akan terpapar dibahagian atas
Panduan Penyambungan Bantuan Bulanan 2025
PANDUAN PENDAFTARAN EZO
Bagi pengguna baru sila daftar akaun baru berdasarkan keterangan dibawah.

Sila pastikan alamat email dan no telefon aktif untuk tujuan pendaftaran/penggunaan.

Pastikan anda mencatat atau ingat ID pengguna anda.

Anda akan menerima email pengesahan pendaftaran EZO... sila ikuti langkah seterusnya seperti dirajah berikut

Bagi tujuan pengaktifan, sila lengkapkan katalaluan anda. Pastikan katalaluan selamat dan mudah untuk anda ingati.

Bagi tujuan pengaktifan, sila lengkapkan katalaluan anda. Pastikan katalaluan selamat dan mudah untuk anda ingati.
FAQ RENEWAL 2025
Anda boleh melayari ezo zakatselangor melalui android, ios ataupun komputer
Anda perlu melayari menggunakan pelayar web :- Chrome , Mozilla , Edge
Bagi pengguna IOS anda perlu muat turun pelayar web lain (chrome , mozilla, edge)
Bagi dokumen yang dimuat naik sila pastikan saiz file tidak melebihi 10mb
PANDUAN PENGESAHAN
Langkah 1 : Layari Portal EZO dan daftar masuk
Bagi pengguna baru sila daftar akaun baru – klik [Individu]
Bagi pengguna sedia ada, sila masukkan ID dan Kata Laluan
Sekiranya “terlupa kata laluan” sili klik pada pautan [Terlupa Kata Laluan]
Langkah 02 : Sahkan profile peribadi & pilih menu “Permohonan Zakat Online”
Sila sahkan profile anda
Sila scroll ke bawah banner Permohonan Bantuan Zakat Online dan Klik pada butang “Isi Borang Bantuan”
Langkah 03 : Pilih Menu Bantuan yang berkaitan
Item penyambungan Bantuan yang dipaparkan berdasarkan bantuan aktif yang diterima pada Bulan Disember 2024
Anda tidak akan dapat melihat bantuan yang anda tidak terima pada tahun 2024
Tick pada bulatan merah dan kemudian tekan seterusnya

Pilihan Semula Penyambungan Bantuan Sewa Rumah
Tick pada penyambungan sewa rumah kemudian skrol kebawah dan klik seterusnya. Pengguna akan dibawa ke paparan maklumat tuan rumah
Pengguna perlu membuat pilihan perbaharui bantuan sewa rumah mengikut situasi semasa pemohon
Setelah itu pilih button [Seterusnya]
Langkah 05 : Lengkapkan dokumen lampiran
Sila lengkapkan dokumen lampiran seperti yang di pinta.
Sekiranya pemohon tiada borang maklumat sewa rumah… sila download melalui pautan dibawah
Langkah 06 : Hantar permohonan
Sila semak maklumat kemaskini/penyambungan sewa rumah dan pastikan dokumen di muat naik yang betul
Sekiranya semuanya di sahkan tepat, sila pilih button [hantar permohonan penyambungan bantuan sewa rumah]
SOALAN LAZIM
1. Apakah yang dimaksudkan penyambungan semula bantuan sewa rumah?
Penyambungan bantuan sewa rumah adalah proses kemaskini maklumat sewaan rumah asnaf bagi tahun 2025 merangkumi perkara berikut :-
Kadar sewaan semasa dan terkini (tahun 2025)
Maklumat pemilik rumah semasa
Kaedah bayaran sewa
2. Sekiranya ketua keluarga dijatuhkan hukuman penjara/tidak bertanggungjawab/menghilangkan diri/ dalam proses penceraian perlukah kemaskini dilakukan?
Perlu dan boleh merujuk ke cawangan LZS terdekat bagi pertukaran maklumat ketua keluarga
3. Adakah dokumen yang saya muatnaik dalam portal perlu disahkan terlebih dahulu oleh nazir/amil/ketua penduduk ditempat saya tinggal?
Dokumen lampiran (salinan) perlu disahkan
4. Bilakah saya boleh menyemak status kelulusan bantuan sewa rumah
Status kelulusan bantuan boleh disemak selepas 1 Januari 2025
5. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan, dimanakah perlu saya rujuk?
Talian Zakat Selangor : 1300-88-4343
Emel : [email protected]
Cawangan Zakat Selangor yang berhampiran
TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT
sehingga
18 NOV 2023
Pilihan Penyambungan Bantuan Kewangan dan Makanan Bulanan
Tick pada penyambungan Bantuan Kewangan dan Makanan Bulanan kemudian skrol kebawah dan klik seterusnya.
Pengguna akan dibawa ke paparan maklumat isi peribadi dan taunggungan pemohon. Semak maklumat berkaitan.

Pengguna perlu membuat pilihan perbaharui bantuan mengikut situasi semasa pemohon.
Situasi 01: Jika pemohon tiada perubahan maklumat tanggungan dan nombor akaun tick pada pilihan pertama
Situasi 02 : Jika pemohon tidak perlukan lagi bantuan sila tick pilihan kedua
Situasi 03 : Jika terdapat perubahan tanggungan dan maklumat akaun bank sila tick pilihan ketiga

Buat pilihan dan tekan seterusnya
Pemohon akan dibawa ke paparan pengesahan penyambungan bantuan
Klik Hantar Permohonan Bantuan Bulanan LZS 2025

Pilihan Permohonan Penyambungan Bantuan Perubatan 2025
Pilih Icon Penyambungan bantuan Perubatan 2025
Tekan seterusnya

Pemohon akan dibawa ke paparan permohonan bantuan perubatan
Sila isi maklumat tambahan iaitu nama pesakit , status perkahwinan, pendapatan, pendapatan pasangan dan pada item pencarum aktif kwsp sila tandakan yang berkaitan
Setelah selesai sila klik butang seterusnya

Untuk langkah seterusnya, sila pastikan dokumen lampiran anda telah sediakan seperti berikut:
Borang Pengesahan Kesihatan (sekiranya tiada anda boleh muat turun pada pautan pengesahan kesihatan di nota bahagian atas paparan).
Slip gaji bagi mereka bekerja dengan majikan dan pengesahan pendapatan bagi mereka yang bekerja sendiri perlu dilampirkan( Borang pengesahan pendapatan boleh di muat turun)
Penyata KWSP (kepada mereka yang mempunyai caruman dengan KWSP - LZS akan membuat semakan silang dengan pihak KWSP)

Ringkasan Permohonan
Semak Ringkasan permohon seperti maklumat pesakit, alamat rumah dan nombor telefon.
Semak dokumen yang telah dimuat naik adakah menepati keperluan permohonan
Tandakan pengesahan pengakuan pemohon.
Setelah selesai sila tekan butang hantar permohonan sekarang.
Permohonan anda dalam semakan dan keputusan boleh disemak di Portal EZO bermula Januari 2025